KMJ Dihatiku
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Kolej Matrikulasi Johor Kolej Matrikulasi Johor adalah tempat pertama aku duduk berjauhan daripada keluarga. Biarpun rumah agak dekat juga dalam 45 minit dah sampai rumah tapi still berjauhan daripada family. Sebenarnya dulu masa SPM, aku dah tekad tak nak masuk matrik sebab orang kata matrik ni susah lagi-lagi kena belajar addmath. Dahla result Addmath aku agak teruk masa SPM, nasib baik lulus. Lepastu semua yang masuk matrik pandai-pandai. Huhuhu. Aku ni dah la biasa-biasa je sebab aku tahu kemampuan diri aku setakat mana. Tapi apa yang kita tak nak tu lah yang kita dapat pula. Jadi, lepas dapat result SPM tu dalam bulan 4, keluar keputusan kemasukan ke matrik dan aku pun berjaya. Masa tu tak tahu la nak sedih ke nak gembira, dua-dua ada. Tapi disebabkan adik-beradik dan parents bagi galakan masuk ke matrik, aku pun masukla. Masa kat matrik, aku dapat blok D iaitu blok Al-Razi dan dapat roommate yang baik ...