Posts

Showing posts with the label motivation

Buah hatiku

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Jika kita cakap mengenai "Buah hati" mesti ramai yang terfikir dan sudah bayangkan tentang teman lelaki atau teman wanita, bukan ? Tapi kali ini "Buah hati" yang aku maksudkan adalah ibu dan ayah . Semua orang pasti pernah mempunyai ibu dan ayah. Ada yang dapat melihat dan merasai kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu dan ayah, ada juga orang yang tidak dapat melihat dan tidak dapat merasai kasih-sayang daripada insan-insan tersebut. Kita sebagai anak perlu bersyukur dan membalas jasa mereka. Jangan pernah kita meninggalkan doa untuk ibubapa kerana itu adalah kunci pembuka pintu rezeki kita. Ibu dan ayah mungkin tidak secerdas kita, tidak berjaya seperti kita, tidak kuat lagi seperti kita, tapi mereka memiliki hati yang begitu ikhlas sehingga tidak pernah meminta kita untuk membayar kembali segala jasanya yang telah mereka berikan. Adakalanya mereka marah kepada kita, itu...

Budak bulu

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! "Budak bulu ? Siapakah dia ? Bunyi macam pelik. Mesti budak tu mengerikan, kan?" Haaa.. jangan pelik sangat, budak bulu tu adalah haiwan peliharaan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W. tau. Siapakah dia ? Jeng jeng jengggg.... Budak bulu yang aku maksudkan adalah kucing. Aku dapat perkataan "budak bulu" ini daripada ibu aku sendiri. Sebabnya dulu aku ada bela banyak sangat kucing dalam 10 ke 15 ekor, lebih kurang begitu lah. Tapi sayangnya, makin lama kucing-kucing tersebut banyak yang hilang dan banyak yang telah meninggalkan aku. Tapi sekarang, aku ada bela 4 ekor budak bulu yang terdiri daripada 3 ekor betina dan seekor jantan. Kucing-kucing aku hanyalah kucing biasa sahaja yang datang ke rumah kerana dibuang oleh tuannya sendiri. Kadangkala Allah mengirimkan kucing kepada kita hanya untuk menguji kita semata-mata. Apakah kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah? Kerana dia tidak...

Perlukah berusaha ?

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! "Berusaha ? Perlu ke ? aku dah banyak kali berusaha tapi aku selalu gagal ! Aku dah cuba sedaya upaya tapi tetap gagal! "  Pernahkah kalian mengeluh seperti itu ? Sudah tentu pernah bukan. Kadang-kadang terasa diri ini macam tidak diperlukan lagi kerana sudah melakukan bermacam-macam perkara tetapi tetap gagal. Jangan lah kalian berhenti berusaha kerana pasti akan ada hasilnya suatu hari nanti. Ingatlah bahawa setiap manusia memiliki rezeki masing-masing. Tidak tertukar, jemput dengan usaha, berikhtiar dengan doa. Jangan takut untuk mencuba lagi, bila niat kamu mahukan sesuatu yang baik dan benar di Jalan-Nya. Disini, aku mahu bercerita sedikit mengenai "Usaha". Dulu, semasa di sekolah rendah ada seorang pelajar bernama Sarah (bukan nama sebenar) yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu. Dia tidak begitu pandai dan sering kali hampir untuk turun kelas bawah semasa peperiksaan. Apa yang aku ...