Perlukah berusaha ?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !


Related image

"Berusaha ? Perlu ke ? aku dah banyak kali berusaha tapi aku selalu gagal ! Aku dah cuba sedaya upaya tapi tetap gagal! " 

Pernahkah kalian mengeluh seperti itu ? Sudah tentu pernah bukan. Kadang-kadang terasa diri ini macam tidak diperlukan lagi kerana sudah melakukan bermacam-macam perkara tetapi tetap gagal. Jangan lah kalian berhenti berusaha kerana pasti akan ada hasilnya suatu hari nanti. Ingatlah bahawa setiap manusia memiliki rezeki masing-masing. Tidak tertukar, jemput dengan usaha, berikhtiar dengan doa. Jangan takut untuk mencuba lagi, bila niat kamu mahukan sesuatu yang baik dan benar di Jalan-Nya.

Disini, aku mahu bercerita sedikit mengenai "Usaha". Dulu, semasa di sekolah rendah ada seorang pelajar bernama Sarah (bukan nama sebenar) yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu. Dia tidak begitu pandai dan sering kali hampir untuk turun kelas bawah semasa peperiksaan. Apa yang aku kagum dengan dia adalah dia sentiasa positif dan tidak pernah berputus asa dalam pelajaran. Lagipun waktu itu masih dibangku sekolah rendah, masing-masing masih kebudak-budakan lagi. Mana tahu erti berusaha ni. Dia akan cuba berkawan dengan rakan-rakan yang pandai dan belajar bersama-sama dengan mereka. Alhamdulillah, kawan-kawannya sangat baik dan sering mengajar dia jika dia tidak memahami apa yang dipelajarinya. Ingatlah ! Belajar memang melelahkan, namun akan lebih melelahkan lagi bila saat ini kamu tidak belajar.

Apabila tibanya hari keputusan peperiksaan percubaan UPSR, dia hanya mendapat 1A 4B. Tetapi di dalam kelasnya dialah yang paling tercorot sekali. Dia tetap gagahkan diri untuk terus belajar. Kadang-kadang dia juga rasa seperti mahu berputus asa, tetapi dia sentiasa positif dan yakin terhadap dirinya sendiri. Dia pernah berkata kepada aku, " Abang, kakak dan kawan-kawan yang lain boleh sahaja dapat straight A akan aku tak boleh kan ? Padahal kita belajar benda yang sama juga, cikgu yang sama, akan aku tak boleh dapat banyak A macam diorang".  Dia sering kali hadir ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah tidak kira malam atau petang. Sentiasa membuat latihan yang diberikan dan tidak mengendahkan kata-kata negatif yang cuba menjatuhkan semangatnya untuk terus berusaha.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua para guru sekolah rendah, ibu bapa dan pelajar-pelajar darjah enam iaitu keputusan sebenar peperiksaan UPSR. Alhamdulillah, dia telah mendapat keputusan 4A 1B. Biarpun dia tidak mendapat straight A tapi dia tetap bersyukur kerana usahanya telah membuahkan hasil. Jadi, tanamkanlah semangat dalam hati meskipun harus korbankan telapak kaki, kamu harus tetap melangkah dan berani kerana impian kamu telah menanti. Bukan itu sahaja, doa dan redha ibu bapa juga adalah senjata untuk kita terus berjaya.


Usaha akan membuahkan hasil setelah seseorang tidak akan menyerah - Napoleon Hill

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson