Langkawi Permata Kedah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !

Related image

Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh orang ramai tidak kira di dalam atau di luar negara. Di Langkawi terdapat tempat-tempat yang menarik serta flora dan fauna yang dijaga dengan rapi. Langkawi terletak di negeri Kedah.

Disini saya sertakan sedikit info tentang Langkawi.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di MalaysiaLangkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.

Antara tempat menarik di sana ialah :

1. Pantai Tanjung Rhu


Image result for Tanjung Rhu Beach
Pantai Tanjung Rhu

Di Pantai Tanjung Rhu ini airnya sangat jernih dan kebiru-biruan. Rasa tenang dan aman je bila tengok pantai ni. Memang lawa sangat.


2.  Makam Mahsuri

Image result for makam mahsuri
Makam Mahsuri

Terdapat juga kedai-kedai baju, topi, cenderamata dan eksesori di sekitar tempat makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah tempat yang semestinya dikunjungi oleh kebanyakan pelancong tidak kira pelancong di dalam atau di luar negara sekiranya pergi ke Pulau Langkawi. Tapi sayangnya, masa holiday dengan family dulu tak dapat singgah ke Makam Mahsuri sebab dah tutup. Huhuhu. Jadi kami pergi ke kedai-kedai di sekitar Makam Mahsuri untuk membeli sedikit cenderamata sahaja. Jika berkesempatan anda kunjunglah ke sini, dapat menambah sedikit ilmu pengetahuan tentang Pulau Langkawi ini.


3. Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar

Tempat parking sebelum masuk ke tempat Beras Terbakar

Pintu masuk ke Beras Terbakar

Semasa nak ke Beras Terbakar tu, ada banyak kedai-kedai jual kain batik dan kain pelekat. Agak murah jugak la. Anda akan lalu di kawasan kedai-kedai dan anda akan jumpa Beras Terbakar dihujung laluan kedai-kedai itu.


4. Nusantara Gamat

Gamat dalam Kawah

Nusantara Gamat

Jika dah berkunjung ke Langkawi jangan lupa singgah di Nusantara Gamat kerana kerana terdapat pelbagai jenis herba, minyak gamat dan jamu dijual disini. Harganya agak murah dan fresh dari kilang. Boleh beli sebagai buah tangan untuk kawan-kawan juga. 


5. Dataran Helang

Dataran Helang
Dataran Lang Langkawi dengan arca helang Kawi gergasi ini memang sesuai untuk selfie sebelum balik nanti. Pemandangan disini juga sangat cantik dan tenang. Dulu saya pergi pada waktu malam, dataran itu dihiasi dengan lampu-lampu, sungguh cantik !

6. Kereta Kabel Langkawi

Pemandangan dalam Cable Car

Cabel Car

Pemandangan dalam Cable Car

Pemandangan diatas bukit

Pemandangan di atas bukit

Tempat sebelum ke Cable Car

Cable Car ni tinggi sangat tapi rugi kalau tak naik bila dah sampai ke Langkawi ni. Bila dah tiba kat atas tu, angin dia agak kuat. Sejukk. Pemandangan pun sangat cantik dari atas. Dapat tengok pulau-pulau yang ada disekeliling tu, dapat tengok gunung-ganang. Best sangat !


7. Island Hoping

Pulau Dayang Bunting

Pulau dayang Bunting dari jauh

Related image
Beras Basah

Island Hoping ni sangat seronok. Dengan trip Island Hoping, anda akan naik bot ke beberapa tempat tarikan di Pulau Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan macam-macam lagi. Masa naik bot tu pula, anda dapat lihat ikan lumba-lumba tiba-tiba melompat di atas air. Kat Tasik Dayang Bunting, anda boleh bermandi-manda di sana. 


8. Underwater World Langkawi 

Underwater World Langkawi bersebelahan dengan Coco Valley

Antara ikan yang ada di sana

Ada pertunjukan anjing laut

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan sahaja ada ikan, tapi ada penguin juga tau. Siap ada pertunjukan penguin juga. Disana anda dapat lihat pelbagai jenis binatang di dalam air. Tapi ada juga burung-burung disana.


9. Kompleks HIG

Related image
Kompleks HIG
Ini lah tempat yang paling digemari oleh para pelancong. Disini terdapat banyak coklat-coklat yang agak murah. Ramai jugalah yang akan borong coklat banyak-banyak kat sini. Di dalam kompleks ini juga ada jual cenderamata, beg dan macam-macam lagi. Orang ramai banyak beli buah tangan disini sebelum pulang. 

10. Air Terjun Telaga 7

Related image
Air Terjun Telaga 7
Air terjun ini sangat cantik. Sesuai untuk tempat bermandi-manda dan juga berkelah. 


Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik di Pulau Langkawi ini. Tapi ini sahaja yang dapat saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini semasa bercuti disana dulu. Apapun Pulau Langkawi adalah pulau yang sangat cantik. 

Itu sahaja dari saya, jumpa lagi ! :)

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson