Bercuti di Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !


Image result for selamat datang ke port dickson


Port Dickson adalah tempat yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini kerana, Port Dickson mempunyai pantai yang sangat cantik dan bersih. Ramai para pelancong yang akan datang ke pantai ini untuk berkhelah dan meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga tercinta. Ia juga sesuai untuk dipilih sebagai tempat percutian semasa cuti sekolah. Anak-anak dapat juga menikmati dan melihat alam semula jadi yang indah ini. Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Pada tahun lepas, aku dan keluarga telah bercuti di Port Dickson. Percutian ini dirancang pada saat-saat terakhir sebelum aku meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor. Semasa dalam perjalanan, hujan sangat lebat sehinggalah kami tiba di Port Dickson. Sejurus sahaja sampai disana, kami jalan-jalan sekejap di Pantai Teluk Kemang. Mujurlah waktu itu sudah tidak hujan.

Selepas itu, kami terus ke hotel yang telah ditempah oleh abah. Kami bermalam di Hotel Grand Lexis Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Bilik hotel tersebut sangat besar dan terdapat kolam renang juga didalamnya. Apa yang menariknya, bilik kami adalah diatas air. Kami juga melawat tempat-tempat yang menarik di Port Dickson dan banyak menghabiskan masa dengan bermain air di pantai dan kolam yang terdapat dalam bilik hotel berkenaan.


Pemandangan dari atas

Terdapat juga pantai yang tidak jauh dari hotel berkenaan

Kolam di dalam bilik Hotel 

Pemandangan pada waktu malam


Maka, selepas beberapa hari kemudian,  aku pun meneruskanlah pengajian aku ke Kolej Matrikulasi Johor. Dapatlah juga kumpul adik-beradik ramai-ramai sebelum aku sambung belajar pada tahun lepas. Tapi masa itu, abang dan kakak aku tidak dapat ikut sebab mereka tidak dapat cuti. Susah sangat nak kumpul ramai-ramai bila semua dah besar-besar ni. Huhuhu. Apa pun hargailah masa bersama family. :)

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku