Buah hatiku

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !

Related image

Jika kita cakap mengenai "Buah hati" mesti ramai yang terfikir dan sudah bayangkan tentang teman lelaki atau teman wanita, bukan ? Tapi kali ini "Buah hati" yang aku maksudkan adalah ibu dan ayah. Semua orang pasti pernah mempunyai ibu dan ayah. Ada yang dapat melihat dan merasai kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu dan ayah, ada juga orang yang tidak dapat melihat dan tidak dapat merasai kasih-sayang daripada insan-insan tersebut. Kita sebagai anak perlu bersyukur dan membalas jasa mereka. Jangan pernah kita meninggalkan doa untuk ibubapa kerana itu adalah kunci pembuka pintu rezeki kita.

Ibu dan ayah mungkin tidak secerdas kita, tidak berjaya seperti kita, tidak kuat lagi seperti kita, tapi mereka memiliki hati yang begitu ikhlas sehingga tidak pernah meminta kita untuk membayar kembali segala jasanya yang telah mereka berikan. Adakalanya mereka marah kepada kita, itu bukan kerana mereka tidak sayang, tapi kerana mereka sayanglah mereka memarahi kita akan perbuatan yang kita lakukan.

Aku rasa sangat bersyukur kerana masih dapat merasai kasih sayang seorang mak dan abah. Kadangkala aku terasa malas hendak belajar, aku akan cuba imbas kembali betapa sukanya ibu dan abah aku bila mereka dapat tahu aku dapat tawaran masuk ke matrik dan juga universiti. Mungkin bagi orang lain, itu adalah benda normal tapi bagi aku segala usaha mereka memang terlalu besar bagi aku. Aku rasa hampa mahu musnahkan harapan mereka. Mak pernah berkata kepada kami adik-beradik, "Mak tak minta pun duit anak-anak mak, mak nak korang belajar dan dapat kerja yang bagus-bagus, sebab nanti korang juga yang senang". Tengok ! Betapa prihatinnya seorang ibu terhadap anak-anaknya. Tidak sanggup melihat anaknya susah di kemudian hari. 

Bila terfikir balik apa pengorbanan mereka terhadap aku. Air mata aku akan jatuh. Dari aku tidak mengenal apa-apa sehinggalah aku tahu bercakap, berjalan dan berdiri dengan sendirinya, ini adalah kerana mak dan abah. 

Wahai anak ! Jenguklah ibu dan bapa anda di kampung. Jika jarang telefon mereka, telefonlah dan ambil masa untuk berbual dengan mereka. Jika dirumah makanlah bersama-sama dengan mereka supaya ikatan kita antara anak dan ibubapa semakin kuat. Janganlah derhaka kepada mereka. Jasa mereka terlalu besar untuk kita balas. Ingatlah ! kawan tiada kita boleh cari, tapi jika ibu dan ayah kita tiada yang boleh diganti.


Ya Allah! Ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku semasa aku kecil. Aamin amin ya rabbal alamin.

Semoga kedua-dua ibu dan bapa kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan mereka walau dimana pun mereka berada.


Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson