Cara buat resume menggunakan "Microsoft Word"

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !



Image result for resume guna microsoft word

Dengan hanya menggunakan "Microsoft Word", anda dapat membuat resume yang anda inginkan. Bukan itu sahaja, jika anda tiada idea mahu membuat resume, jangan risau ! kerana "Microsoft Word" juga telah menyediakan pelbagai jenis template resume yang sangat lawa dan simple. Jika anda mahu membuat resume anda sendiri, anda perlu create sendiri resume itu dengan menggunakan "Blank document". Ia nampak macam susah, tapi senang sahaja. Tetapi, hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara nak buat resume menggunakan template di "Microsoft Word" .

Cara-caranya adalah :


1. Buka "Microsoft Word"


Buka "Microsoft Word" dan search "resume". Anda dapat lihat ada pelbagai jenis template resume dengan design yang simple dan menarik.


2. Pilih template "Resume" dan download


Saya memilih template ini sebagai contoh.


3. Edit resume mengikut kesesuaian


Edit nama, alamat, no.tel, experience. education dan lain-lain. Kalau nak masukkan gambar pun boleh. Boleh ikut kreativiti masing-masing. Setelah siap jangan lupa "Save" yaaa. Nanti hilang pulak resume yang kita dah penat-penat taip tadi. 


Senang kan buat resume guna template di "Microsoft Word" ni ? Dengan hanya 3 step je dh siap dah resume kita. So, lepas ni jangan malas-malas nak buat resume. Hehehe.

Semoga sedikit perkongsian daripada saya ini dapat membantu anda. :)

Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson