KMJ Dihatiku
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !
Kolej Matrikulasi Johor |
Kolej Matrikulasi Johor adalah tempat pertama aku duduk berjauhan daripada keluarga. Biarpun rumah agak dekat juga dalam 45 minit dah sampai rumah tapi still berjauhan daripada family. Sebenarnya dulu masa SPM, aku dah tekad tak nak masuk matrik sebab orang kata matrik ni susah lagi-lagi kena belajar addmath. Dahla result Addmath aku agak teruk masa SPM, nasib baik lulus. Lepastu semua yang masuk matrik pandai-pandai. Huhuhu. Aku ni dah la biasa-biasa je sebab aku tahu kemampuan diri aku setakat mana. Tapi apa yang kita tak nak tu lah yang kita dapat pula. Jadi, lepas dapat result SPM tu dalam bulan 4, keluar keputusan kemasukan ke matrik dan aku pun berjaya. Masa tu tak tahu la nak sedih ke nak gembira, dua-dua ada. Tapi disebabkan adik-beradik dan parents bagi galakan masuk ke matrik, aku pun masukla.
Masa kat matrik, aku dapat blok D iaitu blok Al-Razi dan dapat roommate yang baik dan prihatin. Hehehe. Nama dorang Mas, Ikin dan Anis. Tapi jodoh dengan Mas ni kuat betul, sampai ke universiti sama, kolej sama, blok pun sama. Hahaha. Kemudian, aku dimasukkan ke dalam kelas A12. Disini aku dapat kenal dengan rakan-rakan dari negeri yang berbeza. Aku ditempatkan di dalam kelas yang sama dengan kawan sekolah aku juga, namanya Hajar. Di matrik, aku berkenalan dengan Zati dan Sue. Maka, Aku, Hajar, Zati dan Sue memang selalu berempat. Duduk sama-sama, makan sama-sama, pegi admin pun sama-sama. Hahaha. Merekalah kawan yang ada waktu susah dan senang semasa aku di matrik.
Masa minggu orentasi, aku okay je and rasa biasa sahaja. Tapi, bila dah start kuliah dan kelas, aku agak terkejut jugak la sbb cara belajar kat sana agak laju. tapi lama-lama ok je. Masa mmg sangat pack dan banyak sangat tutorial. Lepastu nak outing pun ada masanya. Huhuhu. Balik kolej lambat pulak kena block outing. Hmmm. Maklumla, ni first time duk asrama. Hahaha.
Lama-kelamaan aku dapat juga suaikan diri di Kolej Matrikulasi Johor ini. Aku bersyukur kerana dapat kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah yang sangat baik. Yang ada diwaktu susah dan senang. Alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan pelajaran aku di Kolej Matrikulasi Johor selama 1 tahun. Banyak sangat pengalaman suka duka di sana. Sekarang tibalah masanya untuk aku meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia yang lagi jauh daripada rumah dan family. Semoga aku akan terus bersemangat dan berjaya mencapai cita-cita yang diinginkan. Terima kasih kepada family yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada aku sehinggalah aku berjaya sekarang.
Perjalanan aku masih jauh. Banyak benda yang perlu dipelajari. Banyak lagi pengalaman dan cabaran yang belum ditempuhi. Semoga dengan usaha ini, aku dapat membanggakan mak dan abah.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment