Budak bulu
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !
Kadangkala Allah mengirimkan kucing kepada kita hanya untuk menguji kita semata-mata. Apakah kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah? Kerana dia tidak minta ikan yang digoreng. Dia tidak minta piring yang bagus untuk dimakan. Dia tidak meminta air untuk mencuci tangan. Dia tidak minta tisue untuk lap mulut. Dia hanya meminta sisa makanan kita yang tidak habis. Tetapi kenapa kita masih tidak mahu berikan ?
Bagi aku, kucing adalah seekor binatang yang sangat memahami tuannya. Kadang-kadang aku pernah menangis dan meluahkan perasaan sedih aku dekat mereka. Mereka seakan-akan faham dengan apa yang telah aku lalui. Pernah terjadi, kucing aku seakan-akan mahu menenagkan aku semasa aku menangis. Aku sungguh terharu dengan sikap budak-budak bulu itu.
"Budak bulu ? Siapakah dia ? Bunyi macam pelik. Mesti budak tu mengerikan, kan?"
Haaa.. jangan pelik sangat, budak bulu tu adalah haiwan peliharaan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W. tau. Siapakah dia ? Jeng jeng jengggg.... Budak bulu yang aku maksudkan adalah kucing. Aku dapat perkataan "budak bulu" ini daripada ibu aku sendiri. Sebabnya dulu aku ada bela banyak sangat kucing dalam 10 ke 15 ekor, lebih kurang begitu lah. Tapi sayangnya, makin lama kucing-kucing tersebut banyak yang hilang dan banyak yang telah meninggalkan aku. Tapi sekarang, aku ada bela 4 ekor budak bulu yang terdiri daripada 3 ekor betina dan seekor jantan. Kucing-kucing aku hanyalah kucing biasa sahaja yang datang ke rumah kerana dibuang oleh tuannya sendiri.
Kadangkala Allah mengirimkan kucing kepada kita hanya untuk menguji kita semata-mata. Apakah kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah? Kerana dia tidak minta ikan yang digoreng. Dia tidak minta piring yang bagus untuk dimakan. Dia tidak meminta air untuk mencuci tangan. Dia tidak minta tisue untuk lap mulut. Dia hanya meminta sisa makanan kita yang tidak habis. Tetapi kenapa kita masih tidak mahu berikan ?
Bagi aku, kucing adalah seekor binatang yang sangat memahami tuannya. Kadang-kadang aku pernah menangis dan meluahkan perasaan sedih aku dekat mereka. Mereka seakan-akan faham dengan apa yang telah aku lalui. Pernah terjadi, kucing aku seakan-akan mahu menenagkan aku semasa aku menangis. Aku sungguh terharu dengan sikap budak-budak bulu itu.
Adakalanya aku pernah terfikir sudah baguskah aku menjaga budak-budak bulu ini ? Adakah mereka pernah rasa tersisih dengan sikap aku sendiri ? Apakah perasaan mereka bila dihalau dan dipukul oleh manusia ? Apakah salah mereka sehingga dibuang oleh tuannya sendiri ? Mereka hanya mahu menumpang kasih sahaja. Salahkah mereka ?
Aku mengaku aku bukanlah tuan yang terbaik untuk menjaga budak-budak bulu ini. Tapi, aku akan cuba yang terbaik. Aku amat merindui budak-budak bulu aku yang pernah dijaga dulu. Semoga mereka tenang disana. Sekarang, ada 4 ekor budak bulu yang harus aku jaga. Mereka sangat comel dan aktif. Mereka semua adalah sebahagian daripada keluarga aku sendiri.
Jagalah haiwan peliharaan kita dengan baik kerana mereka hanya ingin menumpang kasih sahaja. Berbuat baiklah dengan haiwan-haiwan lain. Berilah sedikit makanan kepada mereka. Janganlah ditendang, dipukul dan dibunuh haiwan-haiwan yang tidak berdosa ini. Mereka tidak punya apa-apa. Hanya datang kepada kita untuk meminta sedikit makanan kerana kelaparan dan tiada tempat untuk bermanja. Mereka tiada tempat tinggal, badan banyak luka-luka dan kotor. Hargailah mereka dan berilah sedikit rezeki kita kepada mereka. Nescaya Allah akan memberikan rezeki lain yang kita tidak disangka-sangkakan nanti.

Itu sahaja dari aku buat kali ini, semoga kita berjumpa lagi di penulisan seterusnya. :)
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment