Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !


Image result for melaka bandaraya bersejarah

Seperti mana yang ramai tahu, Melaka adalah salah satu tempat yang mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri pada zaman dahulu. Bila sebut sahaja pasal Hang Tuah, Parameswara dan Sultan Mahmud Shah mesti sudah tahu mesti ianya tentang Melaka. Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara iaitu raja Srivijaya dari Palembang. Nama Melaka pula diambil dari nama pohon tempat Parameswara berteduh. Dimana pada ketika itu ada suatu perkara aneh berlaku apabila seekor kancil telah menendang anjing-anjing diraja. Setelah melihat peristiwa itu, Parameswara berasa kagum dan memerintah agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan negeri Melaka. Cerita ini pasti sering kita dengar masa kecil-kecil dahulu kan ? Jika kita lihat, negeri Melaka pada hari ini begitu membangun dan terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Sambil kita berkunjung ke negeri Melaka ini, secara tidak langsung kita akan dapat  mengetahui tentang sejarah-sejarah negeri Melaka. Bak kata pepatah,"Jauh perjalanan, luas pemandangan".

Antara tempat-tempat menarik di bandaraya Melaka ialah :

1. Kota A Famosa

Image result for kota a famosa

Bangunan ini penuh dengan sejarahnya tersendiri. Ramai pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara akan berkunjung disini. Disini juga anda dapat menaiki beca-beca yang cantik sambil melihat keindahan Melaka.


2. Perigi Hang Tuah



Image result for perigi hang tuah

Perigi Hang Tuah ini terletak di Kampung Duyong Melaka. Perigi ini berkait rapat dengan Hang Tuah kerana dikatakan Hang Tuah sendiri yang telah menggali perigi ini untuk kegunaannya. Jika anda datang kesini, anda dapat melihat sendiri kedalaman air ini dan air perigi ini juga dikatakan tidak pernah kering, walaupun berlakunya kemarau.


3. Makam Hang Jebat


Image result for makam hang jebat

Disini anda dapat melihat makan Hang Jebat iaitu salah seorang daripada lima pahlawan dari Melaka.


4. Melaka River Park & Cruise

Image result for Melaka River Park & Cruise

Rugi jika anda tidak kesini! Pemandangan pada waktu malam sangat cantik dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Disini juga, anda dapat menaiki cruise.


5. Pantai Klebang

Image result for pantai klebang

Pantai ini sering dikunjungi oleh ramai orang. Sesuai untuk tempat beriadah dan berkhelah bersama keluarga tercinta. Pemandangan juga sangat cantik sambil menghirup udara yang segar. Makanan  dan minuman yang dijual disitu juga sangat sedap. Antaranya adalah Coconut Shake Pantai Klebang.


6. Zoo Melaka

Image result for zoo melaka

Di Zoo Melaka terdapat pelbagai haiwan-haiwan yang dapat kita lihat antaranya gajah, zirafah, buaya, badak dan banyak lagi. Sesuai untuk bawa anak-anak disini.


7. Melaka Skytrex

Image result for melaka skytrex

Bagi yang gemar dengan aktiviti lasak, inilah tempat yang perlu anda lawati apabila berkunjung ke Melaka. Pelbagai aktiviti lasak yang anda dapat lakukan disana. Sambil-sambil itu, anda dapat melihat kehijauan hutan-hutan.


8. Melaka Wonderland Theme Park

Image result for melaka wonderland theme park

Tempat ini pasti disukai oleh kanak-kanak. Di sana, bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan dan dapat meluangkan masa bersama anak-anak.


9. Menara Taming Sari

Image result for menara taming sari

Jika anda naik Menara Taming Sari ini, pasti anda tidak akan menyesal kerana, anda dapat melihat pemandangan Melaka dari atas dan ia akan berpusing 360 darjah untuk anda melihat sendiri keindahan Bandaraya Melaka.


10. Encore Melaka

Image result for encore melaka

Anda juga dapat mempelajari tentang Melaka apabila berkunjung ke sini kerana di Encore Melaka, anda dapat menyaksikan persembahan berdurasi 70 minit. Di dalam 70 minit ini, anda dapat tenggelam dalam 6 abad yang berbeza yang pernah dilalui oleh kota lama ini yang dipersembahkan oleh 200 orang penghibur.

Sekian terima kasih. :)

Comments

Popular posts from this blog

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson