Bandar Muar Bandar Diraja

Assalammualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! 

Image result for muar

Hari ini saya nak bercerita tentang Muar iaitu Bandar diraja. Tahukah kalian dimanakah terletaknya Daerah Muar ? Apa yang menarik di disana ? Okay jom kita baca !


Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan. Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor. Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar. Antara kompleks di Muar adalah  Wetex Parade, Astaka, Giant, Econsave, TF dan banyak lagi.


Okay tu serba sedikit fakta-fakta mengenai Daerah Muar. Makanan dekat Muo ni semua sedap-sedap. Rugi korang semua tak try. Yang paling famous makanan dekat Muar ni adalah Mee Bandung Muar. Kalau yang nak try rasa Mee Bandung Muar tu boleh pergi ke Parit Bunga - sebuah kampung yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Maharani, Mee Bandung Central atau di Arked Mara di Jalan Maharani. Bukan itu sahaja, kat Muo famous jugak dengan satay, asam pedas, kopi 434 dan banyak lagi. Macam-macam ada. Kalau nak makan seafood bole la ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor atau kedai Wak Jos.

Image result for satay muar
Satay di Muar

Image result for mee bandung muar
Mee Bandung Muar

Image result for wak jos muar
Kedai Wak Jos

Image result for sabak awor muar
Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Dekat Muar juga terdapat tempat-tempat yang menarik tau. Antaranya :

Kolam Air Panas Sungai Gersik

Image result for ladang herba nasuha
Ladang Herba Nasuha

Image result for tanjung emas
Tanjung Emas

Image result for gunung ledang
Gunung Ledang

Masjid Sultan Ibrahim Muar
Masjid Jamek Sultan Ibrahim


Kalau korang nak pusing2 tengok keindahan Muar, boleh naik Muar Rivercruise di Tanjung Emas. Tanjung Emas ini merupakan taman rekreasi. Disana terdapat juga pelbagai jenis kedai makan, tempat permainan kanak-kanak, tempat jogging, padang golf dan lain-lain. Kalau stress2 tu bole la datang ke situ sambil menikmati pemandangan ciptaan tuhan seperti sungai dan pokok-pokok. 

Jambatan Sultan Ismail

Pemandangan Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Muar ~

Jeti Muar Rivercruise

Budak-budak sekolah tadika pun buat lawatan dekat sini tau..

Kucing kat Tanjung Emas.. hahaha

Jom pusing-pusing tengok pemandangan di Muar
Itu sahaja dari saya. Semoga kita berjumpa lagi !

Comments

Popular posts from this blog

Melaka Bandaraya Bersejarah

KMJ Dihatiku

Bercuti di Port Dickson