Cara membuat sijil menggunakan kaedah "Mail Merge"
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini !
Kalau buat sijil mestilah kena masukkan nama, kad pengenalan, jawatan, program, tandatangan, tarikh dan lain-lain kan. Dan sudah pastinya sijil itu perlu ada berkeping-keping sehinggalah ada yang sampai mencecah berpuluh-puluh, beratus-ratus ataupun beribu-ribu kan? dengan nama dan kad pengenalan yang berbeza lagi. Jadi, penatlah kan kalau nak kena buat satu persatu. Ok, sekarang ni saya akan kongsikan cara yang agak mudah nak print sijil dengan menggunakan kaedah "Mail Merge".
1. Buka Microsoft Word dan pilih template sijil
Boleh pilih sahaja template sijil di Microsoft Word. Hanya perlu tulis "certificate" di bahagian search. Ada banyak template yang menarik dan simple.
2. Download template
Saya pilih template ini sebagai contoh. Anda juga boleh pilih template lain yang lebih menarik.
3. Pilih category "Mailings" dan tekan "Start Mail Merge"
4. Tekan "Step-by-Step Mail Merge Wizard..."
5. Step 1 : Pilih "Document type" - "Letter" dan tekan next step
6. Step 2 : Pilih "Starting document" - "Use the current document" dan tekan next step
7. Step 3 : Pilih "recipients" - "Type a new list"
Kalau data telah dibuat di dalam excel, just masukkan data sahaja. Tekan "Use an existing list". Tapi jika tidak, tekan "create". Bila dah tekan "create" dia akan muncul seperti gambar di bawah.
Selepas itu, Tekan "Customize Columns" dan keluar seperti gambar di atas ini, Delete list-list yang tidak perlu. Jika mahu tambah list , tekan "Add" .
Gambar di atas ini adalah contoh list-list yang saya perlukan untuk membuat sijil. Jika sudah selesai, tekan "Ok".
Selepas tekan "Ok", Anda perlu isi maklumat-maklumat peserta mengikut list yang telah kita pilih tadi. Gambar di atas ni adalah contoh maklumat peserta. Apabila selesai, tekan "Ok" dan save.
Setelah Save, data-data yang telah kita tulis tadi akan muncul seperti gambar diatas. Jika nak edit maklumat-maklumat peserta tekan "Edit". Jika tiada, tekan "Ok".
8. Pilih category "Mailings", tekan "Insert Merge Field"
Jika kita lihat gambar diatas, kita dpt lihat dibahagian "Insert Merge Field" terdapat list-list yang kita buat tadi. Jadi hanya perlu tekan dan susun mengikut kesesuaian sijil yang kita nak buat tu.
Ni contoh bila dah susun list-list tadi pada sijil |
9. Step 4 : Tekan Next dan Step 5 : Tekan next
10. Step 6 : di bahagian "Merge" - Tekan "Edit individual letters" ATAU hanya tekan dibahagian atas di category "Mailings" dan tekan "Finish & Merge"- "Edit individual documents".
Cara 1 : Tekan "Finish & Merge"-"Edit individual documents"
ATAU
|
Cara 2 : Pergi ke step 6 dan tekan "Edit individual letters" |
Selepas itu tekan "Edit individual documents" , akan keluar seperti gambar diatas, just tekan "All" dan tekan "Ok".
11. Last sekali, dah siap ~ Muncul sijil-sijil dengan nama peserta yang kita masukkan tadi.
Semoga perkongsian dari saya ini serba sedikit membantu anda. :)
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment