Posts

Cara buat poster menggunakan Piktochart

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Cara-cara buat poster adalah sangat senang dengan menggunakan Piktochart. Dengan adanya Piktochart, anda dapat membuat slide presentation, poster, flyers, report dan banyak lagi dengan design yang sangat cantik dan simple. Langkah-langkahnya ialah : 1. Search di google " Piktochart" pilih piktochart yang ini 2. Pilih Sign up bagi pengguna yang baru atau Log in bagi pengguna yang telah ada akaun Piktochart. 3. Pilih template yang mahu digunakan di tepi sebelah kiri. Pilih template poster untuk membuat poster sendiri. Jika kita lihat, terdapat pelbagai template yang sudah disediakan. Hanya perlu pilih sahaja dan edit mengikut kehendak anda. 4. Edit poster anda setelah anda memilih template yang sesuai. Edit mengikut kreativiti anda dengan memasukkan maklumat, gambar atau logo yang perlu  Ni adalah contoh poster yang telah saya buat seperti post sebelum ini.

Bercuti di Port Dickson

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Port Dickson adalah tempat yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini kerana, Port Dickson mempunyai pantai yang sangat cantik dan bersih. Ramai para pelancong yang akan datang ke pantai ini untuk berkhelah dan meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga tercinta. Ia juga sesuai untuk dipilih sebagai tempat percutian semasa cuti sekolah. Anak-anak dapat juga menikmati dan melihat alam semula jadi yang indah ini. Port Dickson merupakan sebuah bandar pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. Pada tahun lepas, aku dan keluarga telah bercuti di Port Dickson. Percutian ini dirancang pada saat-saat terakhir sebelum aku meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor. Semasa dalam perjalanan, hujan sangat lebat sehinggalah kami tiba di Port Dickson. Sejurus sahaja sampai disana, kami j

Melaka Bandaraya Bersejarah

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Seperti mana yang ramai tahu, Melaka adalah salah satu tempat yang mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri pada zaman dahulu. Bila sebut sahaja pasal Hang Tuah, Parameswara dan Sultan Mahmud Shah mesti sudah tahu mesti ianya tentang Melaka. Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara iaitu raja Srivijaya dari Palembang. Nama Melaka pula diambil dari nama pohon tempat Parameswara berteduh. Dimana pada ketika itu ada suatu perkara aneh berlaku apabila seekor kancil telah menendang anjing-anjing diraja. Setelah melihat peristiwa itu, Parameswara berasa kagum dan memerintah agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan negeri Melaka. Cerita ini pasti sering kita dengar masa kecil-kecil dahulu kan ? Jika kita lihat, negeri Melaka pada hari ini begitu membangun dan terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Sambil kita berkunjung ke negeri Melaka ini, secara tidak langsung kita akan dapa

Buah hatiku

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Jika kita cakap mengenai "Buah hati" mesti ramai yang terfikir dan sudah bayangkan tentang teman lelaki atau teman wanita, bukan ? Tapi kali ini "Buah hati" yang aku maksudkan adalah ibu dan ayah . Semua orang pasti pernah mempunyai ibu dan ayah. Ada yang dapat melihat dan merasai kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu dan ayah, ada juga orang yang tidak dapat melihat dan tidak dapat merasai kasih-sayang daripada insan-insan tersebut. Kita sebagai anak perlu bersyukur dan membalas jasa mereka. Jangan pernah kita meninggalkan doa untuk ibubapa kerana itu adalah kunci pembuka pintu rezeki kita. Ibu dan ayah mungkin tidak secerdas kita, tidak berjaya seperti kita, tidak kuat lagi seperti kita, tapi mereka memiliki hati yang begitu ikhlas sehingga tidak pernah meminta kita untuk membayar kembali segala jasanya yang telah mereka berikan. Adakalanya mereka marah kepada kita, itu

Langkawi Permata Kedah

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh orang ramai tidak kira di dalam atau di luar negara. Di Langkawi terdapat tempat-tempat yang menarik serta flora dan fauna yang dijaga dengan rapi. Langkawi terletak di negeri Kedah. Disini saya sertakan sedikit info tentang Langkawi. Langkawi  merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.  Pulau  Langkawi  diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di  Malaysia .  Langkawi  sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana  Pulau Langkawi  merupakan yang terbesar diikuti oleh  Pulau Banggi  dan  Pulau Pinang. Antara tempat menarik di sana ialah : 1. Pantai Tanjung Rhu Pantai Tanjung Rhu Di Pantai Tanjung Rhu ini airnya sangat je

Budak bulu

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! "Budak bulu ? Siapakah dia ? Bunyi macam pelik. Mesti budak tu mengerikan, kan?" Haaa.. jangan pelik sangat, budak bulu tu adalah haiwan peliharaan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad S.A.W. tau. Siapakah dia ? Jeng jeng jengggg.... Budak bulu yang aku maksudkan adalah kucing. Aku dapat perkataan "budak bulu" ini daripada ibu aku sendiri. Sebabnya dulu aku ada bela banyak sangat kucing dalam 10 ke 15 ekor, lebih kurang begitu lah. Tapi sayangnya, makin lama kucing-kucing tersebut banyak yang hilang dan banyak yang telah meninggalkan aku. Tapi sekarang, aku ada bela 4 ekor budak bulu yang terdiri daripada 3 ekor betina dan seekor jantan. Kucing-kucing aku hanyalah kucing biasa sahaja yang datang ke rumah kerana dibuang oleh tuannya sendiri. Kadangkala Allah mengirimkan kucing kepada kita hanya untuk menguji kita semata-mata. Apakah kita sayang atau tidak dengan rezeki Allah? Kerana dia tidak

Perlukah berusaha ?

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke blog saya ini ! "Berusaha ? Perlu ke ? aku dah banyak kali berusaha tapi aku selalu gagal ! Aku dah cuba sedaya upaya tapi tetap gagal! "  Pernahkah kalian mengeluh seperti itu ? Sudah tentu pernah bukan. Kadang-kadang terasa diri ini macam tidak diperlukan lagi kerana sudah melakukan bermacam-macam perkara tetapi tetap gagal. Jangan lah kalian berhenti berusaha kerana pasti akan ada hasilnya suatu hari nanti. Ingatlah bahawa setiap manusia memiliki rezeki masing-masing. Tidak tertukar, jemput dengan usaha, berikhtiar dengan doa. Jangan takut untuk mencuba lagi, bila niat kamu mahukan sesuatu yang baik dan benar di Jalan-Nya. Disini, aku mahu bercerita sedikit mengenai "Usaha". Dulu, semasa di sekolah rendah ada seorang pelajar bernama Sarah (bukan nama sebenar) yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu. Dia tidak begitu pandai dan sering kali hampir untuk turun kelas bawah semasa peperiksaan. Apa yang aku